yang dulu kala

Monday, February 14, 2011

valentine's day vs Maulidur Rasul


Berkata Peguam Zulkifli Nordin di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

 firman Allah s.w.t.:
“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)




**perlu ke kita sambut valentine or ari berkasih sayang?bukan ke kita di galakkan "semakin ari semakin sayang"?tak kan satu ari je dalam setahun kita tunjuk kasih sayang kita?haish penat la pupuk perasaan kasih dan sayang tu tapi dihargai pada satu ari je?haish! tak berbaloi!so kita ni anak melayu dan beragama ISLAM jangan lah mudah terpedaya dengan budaya barat k?kasih sayang tu ada pada setiap insan..so fikirlah cara terbaik bagaimana untuk menghargainya..bagi aku, tidak perlu ader satu tarikh untuk mengingati tapi blajarlah menghargainya selagi dia masih disisi..sebelum kembali mengadap ILLAHI.. =) **

************************************************************

so dari itu meh la kita sambut MAULIDUR RASUL...tapi ada gak antara kita yang jahil agama tidak tau apa maksud maulidur rasul..mungkin kita hanya menganggap itu hanyalah mengingatkan hari kelahiran nabi Muhammas s.a.w sahaja tanpa mengambil tau sejarah baginda...



12 Rabiulawal adalah suatu tarikh yang tidak patut dilupakan oleh semua umat Islam iaitu tarikh kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nikmat yang sangat besar yang telah dikurniakan Allah SWT bukan sahaja kepada manusia malah kepada seluruh alam sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud:
"Dan tidaklah kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat seluruh alam"
Subhanallah..seluruh alam jagat bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan itu. Maka kita sebagai manusia yang menjadi fokus penciptaan alam ini amat-amatlah perlu melipatgandakan kualiti dan kuantiti syukur kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul-Nya.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
wallahualam....



No comments:

Post a Comment