yang dulu kala

Monday, July 25, 2011

::penat::

wa penatnyer...
berada di melaka yang cuacanya memang sangat panas..
terasa kulit dah bertukar warna..
tapi demi mencari sesuap nasi..aku gagahkan diri jua..
hahaha poyo giler..

alhamdulillah..ALLAH pemudahkan urusan kerja aku..
walaupun penat tapi rasa agak berbaloi..
yang berat sama dipikul..
yang ringan sama dijinjing..
betul kata wonderpet..
"kami xbesar dan kami xkuat, bila bekerjasama seme jadi mudah"
"apa yang penting..kerjasama" =)

wooden box yang berat bila diangkat ramai2..xterasa berat..
nampak lagi mudah dr menggunakan forklift..
itu la kekuatan bila berganding bahu..

huhu..xtau nak ngomel ape da...
nak tido..badan dah lesu..

thank you ALLAH, kerana selesai sudah menjalankan tugas ini.. =)

Wednesday, July 20, 2011

ini blog jiwa jiwa

hahaha macam klakar kan tajuk blog "ini blog jiwa jiwa"
tapi citer dalam blog ni memang pasal jiwa...
syok n relaxs bila membaca..huhuhu

bila dia buat review untuk blog nyer - klik sini ye
aku rasa terpanggil untuk memberi sepatah dua kata..
chewahh! cam apa je kan?poyo giler aku!hahaha

so....
untuk angah.....ni dia jawapan seikhlas ati ku...

1) tau wujudnyer blog angah bila tiba rasa rajin yang amat untuk membelek2 blog dan follower ku(biarla xsampai 10 pun haha)..dan akhirnya terjumpa la blog angah n maka dengan itu aku menjadi silent reader yg xberapa nak di iktiraf.. =)

2) apa yang paham?hurmmm yang paham nyer bila baca entry2 tentang jiwa, perasaan, cinta kasih dan sayang..sebab blog angah kan berjiwa..hihihi.....

3) kebanyakkan nyer suka cuma xsuka menda yang ada -anda juga meminati & - you might like..pastu tentang comment box..huhu tu je kot..jangan mare yer..mende tu cam pening skit bila tengok hahaha

4) cadangan saya adalah....hahaha xtau sebab pale otak dah blank n mata tersangat ngantuk...cuma saje gatal nak buat mende alah ni bila mana hati terpanggil untuk menjenguk blog angah...kikiki...



**sorry kesengalan melanda diri..xley nak buat apa da... =)
**jangan mare ye..sebab tengah cari mood nak tido..k la angah! nite! =) zzzzzzZZZZZZZzzzzzzzZZZ

::sukar::

sukar kan?
sangat sukar bila mana ingin memuaskan hati seme orang..
yang itu, berkata begini..
yang ini, berkata begitu...
akhirnya aku pening sendri...
sebab keadaan yang keliru..
tapi apa2 seme kene atas aku...

arghhhhhhhhhhhh manusia....
sangat pentingkan diri!!

betapa benci nyer aku bila keadaan begini..
dah rasa spt talam dua muka pula..
tapi terpaksa memainkan peranan...
bukan utk kepentingan diri..
tapi untuk menjaga seme hati yang memerhati!

arghhhhhhhhhhhhhhhh.....

ya ALLAH....bantulah hambamu yang lemah ini..
kuatkanlah iman ku...ikhlaskanlah hati ku dlm melakukan sesuatu..
moga ENGKAU permudahkan apa yang sukar untuku..
ameen ya rabbana a'lamin

Friday, July 15, 2011

::promotion hari raya!must grab!::

salam alls....

terasa cepat masa berlalu kan?tup tap tup tap sok lusa dah nak pose..pastu raya lak!haaaaa part raya ni mesti ramai yang tak sabar kan?haha...so baju raya dah beli?kuih raya dah tempah?dah pikir apa juadah raya pertama?yang penting nak balik raya tu...dah apply cuti ke?hahaha kang lambat....kena raya sorang2..baru padan muka..hahaha.....

ok lah tak nak citer panjang..kat sini nak rekemen/promosi hamper hari raya yang meletops u!huhu.....ok have a look n enjoys!if nak order sila tinggal kan komen paling tak pun sila tinggalkan message ke no 012 611 4619... if nak order ikut budget pun boley je..xde masalah!bisa di atur pak! =)






SET A:
1) 12 pieces chocolate(exclusive box)
2) 4 boxes of *cookies 
3) exclusive decoration

PRICE = RM 115 ONLY
*cookies option-refer to cookies list 
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!

.
.
. 

SET B:
1) 6 boxes *cookies in one exclusive box
2) 4 boxes *cookies
3) exclusive decoration

PRICE = RM 150 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!

.
.
. 

SET C:
1) 6 boxes *cookies in one exclusive box
2) exclusive decoration

PRICE = RM 95 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET D:
1) 13 pieces chocolate (heart shape box ♥)
2) 4 boxes of *cookies
3) exclusive decoration

PRICE = RM 115 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET E:
1) 2 boxes of *cookies
2) exclusive decoration

PRICE = RM 40 ONLY
* cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET F:
1) 3 boxes of *cookies
2) exclusive decoration

PRICE = RM 55 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET G (BUDGET SET) :
1) 1 box of *cookies
2) exclusive decoration

PRICE = RM 20 ONLY
*cookies option-refer to cookies list

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
.

COOKIES LIST 1

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

COOKIES LIST 2

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

COOKIES LIST 3

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

COOKIES LIST 4

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET H:
1) 35 pieces chocolate(exclusive box)
2) exclusive decoration

PRICE = RM 90 ONLY



::bila berborak dengan sahabat lama::

huh! setelah hampir 10 tahun terpisah akhirnya facebook [FB] menemukan kami..bertukar no telefon dan bermula lah seisi berborak!chewah macam drama lak kan?!poyo je..huhu....

berborak dengan dia selama 2jam membuatkan aku terasa insaf..seorang lelaki yang nampak happy go lucky diluaran tapi menyembunyikan sejuta kesedihan disebalik ketawa itu..huhu...tak semua orang yg ketawa itu gembira kan?dan tak semua orang yg menangis itu adalah sedih..mungkin menangis untuk kegembiraan?mana kita tau betul tak?

aku berpegang pada satu je...ALLAH tak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu untuk kita harungi..sebab kita kuat lah ALLAH menguji sejauh mana keutuhan iman kita...

aku terpikir, jika aku ditempat dia..belum tentu aku segagah dia untuk mengharungi semuanya..mungkin aku berenti di tgh jalan..or aku give up dan menangis seorang diri..huhu...aku ingat aku je mempunyai episod sedey..rupanya dia lebey sedey dari aku..huhu...

haish melalut byk sgt aku ni...ok la aku bercerita tentang dia....dia seorang lelaki...umur sama dengan aku, ader 6 adik beradik dan dia yang ke 4 or 5 cam tu la..ader adik 2 sorang tapi 1 dah meninggal, ader kakak yang cacat akibat demam panas - tak boley berjalan hanya mampu mengesot...ader 3 abang yang dah berkahwin...seorang ayah yang berkahwin dua dan serang ibu yang mempunyai penyakit kanser payudara..perghhh!!!!!!!!

dia sanggup bekerja sebagai pomen-kedai sendri- semata2 untuk mempunyai masa bersama ibunda tercinta...itu seme supaya dia tak perlu apply cuti if ibu dia sakit, tak perlu tunggu hujung bulan nak dapat gaji, supaya dia sentiasa ada bila ibu memerlukan dia..kerana dialah yang menghantar ibunya setiap kali rawatan di hospital..tidak kira hospital kuantan mahupun hospital kuala lumpur...dia jugalah yang menjaga jika ibunya ditahan di wad..ye la 3 abang dah kawen..tanggugjawab lebey kpd family sendri..so dia dan adik dia la yang menguruskan dan menanggung family..besar tanggungjawab dia sebagai anak..dan juga sebagai adik kepada kakak yang cacat akibat demam panas...huhuhu

agaknya..diluar sana masih ader ke lelaki spt dia?sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu tercinta?sanggup bekerja sebagai pomen?sanggup memakaikan 'pad' untuk akak nya yang cacat jika kakak nya datang bulan?sanggup tanggung family dari cari awek n kawen?sanggup ke mereka? =(

mungkin tidak sebab kebanyakan lelaki sekarang semenya lupakan family..ye la seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak belum tentu dpt menjaga seorang ibu....sedey kan?macamana la keadaan aku nanti bila dah menjadi seorang yg bergelar ibu...

aku dikira bersyukur..sebab parents aku pergi ketika aku baru nak mengenal erti sebuah kehidupan..ye la time tu aku di tingkatan dua dan tiga..apa la sangat yang aku tau kecuali main lumba basikal?tak macam budak skrg..semuanya tau sbb semenye hanya dihujung jari...[internet bagai]...ibu aku pergi selepas ayah aku pergi meninggalkan aku buat selamanya..sejak itu aku blajar hidup berdikari..alhamdulillah walaupun hidup sendri aku masih tau bezakan yang mana buruk yang mana baik cuma kengkadang ader jugak terpesong nya..hahaha adat la kan?manusia tak lari dari mebuat kesilapan..aku juga punya adik beradik, baik belah mak aku mahupun belah ayah aku yg mmg amik berat tentang aku..cuma aku ni je bz sgt dengan kehidupan sendri..alpa tentang mereka disekiling aku..

jika arwah parents aku ader..mcmanalah keadaan mereka kan?bley ke aku jaga ketika diaorg uzur dan xmampu berjalan or nyanyuk?boleh ke aku jadi anak mithali?atau aku jadi disebaliknya?huh nauzubillah!mintak dijauhkan aku menjadi anak derhaka...ngeri siut!

so korang, yang mana ader parents tu hargai lah mereka sebelum mereka menutup mata untuk selamanya...biarlah susah mana pun nak jaga mereka, redho dengan ketentuan Illahi...ingat dialah yang menjaga kita dari tapak kaki sebesar ibu jari sehinggalah beso cam anak gajah skrg ni tau!hopefully kita tidak tergolong didalam golongan anak yang derhaka...ameen...

Tuesday, July 12, 2011

::ikhlas::

ya ALLAH ya tuhanku....
ikhlaskan lah hati ku dalam melakukan sesuatu..
jauhkanlah aku dr sifat yang suka merungut...
dan hindarkanlah aku dari perangai yang suka mengungkit..

bersihkan hati ku...
semoga segala apa yang aku lakukan hanyalah kerana MU ya ALLAH
bukan balasan didunia semata2...

ameen...

Monday, July 11, 2011

::RUKUN::

semakin lama kita hidup...
semakin kita menjadi alpa...

so ingatlah kengkawan.
tujuan sebenar kehidupan kita..

huhu..
mode: insaf...

zaman kecik2 dulu..
rukun ISLAM selalu ditanya.
klu tanya skrg..korang bley jawab x agak2?

::rukun ISLAM::
1 - mengucap dua kaliah SYAHADAH
2 - SOLAT 5 waktu sehari semalam
3 - Mengeluarkan ZAKAT
4 - PUASA dibulan ramadhan
5 -  Menunaikan HAJI bagi yang mampu

::rukun IMAN::
1- beriman kepada ALLAH swt
2- beriman kepada malaikat
3- beriman kepada kitab
4- beriman kepada rasul
5- beriman kepada hari kiamat
6- beriman kepada Qada dan Qadar

=)