yang dulu kala

Friday, July 15, 2011

::bila berborak dengan sahabat lama::

huh! setelah hampir 10 tahun terpisah akhirnya facebook [FB] menemukan kami..bertukar no telefon dan bermula lah seisi berborak!chewah macam drama lak kan?!poyo je..huhu....

berborak dengan dia selama 2jam membuatkan aku terasa insaf..seorang lelaki yang nampak happy go lucky diluaran tapi menyembunyikan sejuta kesedihan disebalik ketawa itu..huhu...tak semua orang yg ketawa itu gembira kan?dan tak semua orang yg menangis itu adalah sedih..mungkin menangis untuk kegembiraan?mana kita tau betul tak?

aku berpegang pada satu je...ALLAH tak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu untuk kita harungi..sebab kita kuat lah ALLAH menguji sejauh mana keutuhan iman kita...

aku terpikir, jika aku ditempat dia..belum tentu aku segagah dia untuk mengharungi semuanya..mungkin aku berenti di tgh jalan..or aku give up dan menangis seorang diri..huhu...aku ingat aku je mempunyai episod sedey..rupanya dia lebey sedey dari aku..huhu...

haish melalut byk sgt aku ni...ok la aku bercerita tentang dia....dia seorang lelaki...umur sama dengan aku, ader 6 adik beradik dan dia yang ke 4 or 5 cam tu la..ader adik 2 sorang tapi 1 dah meninggal, ader kakak yang cacat akibat demam panas - tak boley berjalan hanya mampu mengesot...ader 3 abang yang dah berkahwin...seorang ayah yang berkahwin dua dan serang ibu yang mempunyai penyakit kanser payudara..perghhh!!!!!!!!

dia sanggup bekerja sebagai pomen-kedai sendri- semata2 untuk mempunyai masa bersama ibunda tercinta...itu seme supaya dia tak perlu apply cuti if ibu dia sakit, tak perlu tunggu hujung bulan nak dapat gaji, supaya dia sentiasa ada bila ibu memerlukan dia..kerana dialah yang menghantar ibunya setiap kali rawatan di hospital..tidak kira hospital kuantan mahupun hospital kuala lumpur...dia jugalah yang menjaga jika ibunya ditahan di wad..ye la 3 abang dah kawen..tanggugjawab lebey kpd family sendri..so dia dan adik dia la yang menguruskan dan menanggung family..besar tanggungjawab dia sebagai anak..dan juga sebagai adik kepada kakak yang cacat akibat demam panas...huhuhu

agaknya..diluar sana masih ader ke lelaki spt dia?sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu tercinta?sanggup bekerja sebagai pomen?sanggup memakaikan 'pad' untuk akak nya yang cacat jika kakak nya datang bulan?sanggup tanggung family dari cari awek n kawen?sanggup ke mereka? =(

mungkin tidak sebab kebanyakan lelaki sekarang semenya lupakan family..ye la seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak belum tentu dpt menjaga seorang ibu....sedey kan?macamana la keadaan aku nanti bila dah menjadi seorang yg bergelar ibu...

aku dikira bersyukur..sebab parents aku pergi ketika aku baru nak mengenal erti sebuah kehidupan..ye la time tu aku di tingkatan dua dan tiga..apa la sangat yang aku tau kecuali main lumba basikal?tak macam budak skrg..semuanya tau sbb semenye hanya dihujung jari...[internet bagai]...ibu aku pergi selepas ayah aku pergi meninggalkan aku buat selamanya..sejak itu aku blajar hidup berdikari..alhamdulillah walaupun hidup sendri aku masih tau bezakan yang mana buruk yang mana baik cuma kengkadang ader jugak terpesong nya..hahaha adat la kan?manusia tak lari dari mebuat kesilapan..aku juga punya adik beradik, baik belah mak aku mahupun belah ayah aku yg mmg amik berat tentang aku..cuma aku ni je bz sgt dengan kehidupan sendri..alpa tentang mereka disekiling aku..

jika arwah parents aku ader..mcmanalah keadaan mereka kan?bley ke aku jaga ketika diaorg uzur dan xmampu berjalan or nyanyuk?boleh ke aku jadi anak mithali?atau aku jadi disebaliknya?huh nauzubillah!mintak dijauhkan aku menjadi anak derhaka...ngeri siut!

so korang, yang mana ader parents tu hargai lah mereka sebelum mereka menutup mata untuk selamanya...biarlah susah mana pun nak jaga mereka, redho dengan ketentuan Illahi...ingat dialah yang menjaga kita dari tapak kaki sebesar ibu jari sehinggalah beso cam anak gajah skrg ni tau!hopefully kita tidak tergolong didalam golongan anak yang derhaka...ameen...

1 comment:

  1. ameen... ya Allah, berikanlah kami kekuatan jiwa dan fizikal dalam mengharungi hidup ini... insyaAllah setiap pengorbanan yg ikhlas, Allah telah menjanjikan balasan yg x ternilai, hidup di dunia hanya persinggahan sblm ke alam kekal abadi, semoga ujian ni boleh menjadi bekal di kehidupan abadi... "pnjg lak, huhu"

    ReplyDelete