yang dulu kala

Wednesday, November 30, 2011

# 30 11 11 #

alhamdulillah dah 17 ari aku di tempat keje baru..

setakat ni alhamdulillah...seme nyer ok...
opismate pun seme friendly n bersatu hati...
nak2 lagi bab makan...
abis la aku xley gak nak kurus2..hahaha....

ari ni rezeki mmg murah...
aku bawa kuih apam yg xberapa nak rupa apam tu
+ ngan ayam goreng kunyit...
alhamdulillah diaorg bley terima n puji..
haish ni nak kene rajin masak ni..
sebab ada yg suka makan ni...hahaha bersemangat la skit kan?
pas ni kene la blajar dr sifu mr google..hahaha..

so ni la menu utk ari ni..

bekpes: 
nasi goreng
ayam goreng kunyit
kuih apam

lunch:
mee kari..

burp!opss sorry...haha

Monday, November 21, 2011

3serangkai

aku - yas - athira

3 serangkai - nama yang diberi oleh ex-boss ku..ye la kemana sahaja kami bertiga, baik pegi lunch, balik dan juga berada di opis...

terasa sangat pelik apabila berpecah....aku?dapat keje baru..yas balik kampung and on da way continue study and athira dah masanya balik ke kampus setelah lebih 6bulan bersama kami kerana pratikal...

mcm x percaya kan dalam jangka masa yang singkat keakraban terjalin..

terasa sangat rindu nak main kejar dalam opis..

terasa rindu nak makan pecel lele sama2....

terasa ingin kerjakan si amran yang hitam itu....

hahaha.....kami menangis bersama, gelak bersama, kecewa bersama...

rindunya saat itu!xmungkin kenangan itu akan berulang....

Thursday, November 10, 2011

10/11/11

ari ni 10/11/11...esok 11/11/11 satu date yang sangat cantik...

tapi sayangnya..ari ni hati aku sangat terluka..mungkin terlalu emo atau aku perlu blajar menghadapi kenyataan..tidak perlu lagi untuk menipu diri sendiri untuk mengejar kebahgiaan yang belum pasti milikku...

mungkin juga tuhan sedang menguji aku sejauh mana tahap kesabaran yang aku ada...setelah begitu banyak aku mengharugi dugaan demi dugaan...

mungkin juga tuhan inginkan aku untuk terus kukuh berdiri di kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain?

mungkin juga ini dugaan terakhir sebelum aku temui kebahgiaan?

atau mungkin ini dugaan yang berat untuk ku pikul kerana semuanya sudah tertulis untukku....

bersabarlah wahai hati...mungkin tuhan sedang merencanakan sesuatu yang terbaik untuk mu....

mana mungkin DIA menguji hambanya tanpa hikmah disebaliknya?

bersabarlah...insyaALLAH pasti ada yang terbaik untukmu...

mungkin tidak disini atau ketika ini...dan mungkin juga DIA simpankan untukmu disana nanti....

apa yang perlu lakukan hanyalah redho dengan ketentuanNYA, dekatkan dirimu dengan diriNYA...

mungkin itu yang lebih terbaik untukmu......


notes:
kisah hati yang pilu............

Tuesday, September 20, 2011

malas day!

tolongggggg..............

tolong bagi semangat kepada saya!!!!!!!
kemalasan sedang bermaharajalela dalam diri ni...
huwarghhhhhhhhh.....

Wednesday, August 3, 2011

::3rd days of ramadhan::

bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas...
pasti kita akan diuji...

bersabarlah wahai hati...
mungkin ALLAH sedang mengujimu...
kuatkan semangat..hadapi dengan senyuman =)

Monday, August 1, 2011

::salam ramadhan::

alhamdulillah..
syukur kehadrat ILLAHI..
kerana masih menemukan aku dan ramadhan..bulan keberkatan..

semoga kehadiran ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
semoga kita semua dirahmati dan diberkati di bulan yang mulia..

ameen....

so pada semua.
marilah kita berebut peluang untuk banyak kan amalan kita..
sebab tahun depan belum tentu kita dapat jumpa ramadhan lg..

=)

Monday, July 25, 2011

::penat::

wa penatnyer...
berada di melaka yang cuacanya memang sangat panas..
terasa kulit dah bertukar warna..
tapi demi mencari sesuap nasi..aku gagahkan diri jua..
hahaha poyo giler..

alhamdulillah..ALLAH pemudahkan urusan kerja aku..
walaupun penat tapi rasa agak berbaloi..
yang berat sama dipikul..
yang ringan sama dijinjing..
betul kata wonderpet..
"kami xbesar dan kami xkuat, bila bekerjasama seme jadi mudah"
"apa yang penting..kerjasama" =)

wooden box yang berat bila diangkat ramai2..xterasa berat..
nampak lagi mudah dr menggunakan forklift..
itu la kekuatan bila berganding bahu..

huhu..xtau nak ngomel ape da...
nak tido..badan dah lesu..

thank you ALLAH, kerana selesai sudah menjalankan tugas ini.. =)

Wednesday, July 20, 2011

ini blog jiwa jiwa

hahaha macam klakar kan tajuk blog "ini blog jiwa jiwa"
tapi citer dalam blog ni memang pasal jiwa...
syok n relaxs bila membaca..huhuhu

bila dia buat review untuk blog nyer - klik sini ye
aku rasa terpanggil untuk memberi sepatah dua kata..
chewahh! cam apa je kan?poyo giler aku!hahaha

so....
untuk angah.....ni dia jawapan seikhlas ati ku...

1) tau wujudnyer blog angah bila tiba rasa rajin yang amat untuk membelek2 blog dan follower ku(biarla xsampai 10 pun haha)..dan akhirnya terjumpa la blog angah n maka dengan itu aku menjadi silent reader yg xberapa nak di iktiraf.. =)

2) apa yang paham?hurmmm yang paham nyer bila baca entry2 tentang jiwa, perasaan, cinta kasih dan sayang..sebab blog angah kan berjiwa..hihihi.....

3) kebanyakkan nyer suka cuma xsuka menda yang ada -anda juga meminati & - you might like..pastu tentang comment box..huhu tu je kot..jangan mare yer..mende tu cam pening skit bila tengok hahaha

4) cadangan saya adalah....hahaha xtau sebab pale otak dah blank n mata tersangat ngantuk...cuma saje gatal nak buat mende alah ni bila mana hati terpanggil untuk menjenguk blog angah...kikiki...



**sorry kesengalan melanda diri..xley nak buat apa da... =)
**jangan mare ye..sebab tengah cari mood nak tido..k la angah! nite! =) zzzzzzZZZZZZZzzzzzzzZZZ

::sukar::

sukar kan?
sangat sukar bila mana ingin memuaskan hati seme orang..
yang itu, berkata begini..
yang ini, berkata begitu...
akhirnya aku pening sendri...
sebab keadaan yang keliru..
tapi apa2 seme kene atas aku...

arghhhhhhhhhhhh manusia....
sangat pentingkan diri!!

betapa benci nyer aku bila keadaan begini..
dah rasa spt talam dua muka pula..
tapi terpaksa memainkan peranan...
bukan utk kepentingan diri..
tapi untuk menjaga seme hati yang memerhati!

arghhhhhhhhhhhhhhhh.....

ya ALLAH....bantulah hambamu yang lemah ini..
kuatkanlah iman ku...ikhlaskanlah hati ku dlm melakukan sesuatu..
moga ENGKAU permudahkan apa yang sukar untuku..
ameen ya rabbana a'lamin

Friday, July 15, 2011

::promotion hari raya!must grab!::

salam alls....

terasa cepat masa berlalu kan?tup tap tup tap sok lusa dah nak pose..pastu raya lak!haaaaa part raya ni mesti ramai yang tak sabar kan?haha...so baju raya dah beli?kuih raya dah tempah?dah pikir apa juadah raya pertama?yang penting nak balik raya tu...dah apply cuti ke?hahaha kang lambat....kena raya sorang2..baru padan muka..hahaha.....

ok lah tak nak citer panjang..kat sini nak rekemen/promosi hamper hari raya yang meletops u!huhu.....ok have a look n enjoys!if nak order sila tinggal kan komen paling tak pun sila tinggalkan message ke no 012 611 4619... if nak order ikut budget pun boley je..xde masalah!bisa di atur pak! =)






SET A:
1) 12 pieces chocolate(exclusive box)
2) 4 boxes of *cookies 
3) exclusive decoration

PRICE = RM 115 ONLY
*cookies option-refer to cookies list 
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!

.
.
. 

SET B:
1) 6 boxes *cookies in one exclusive box
2) 4 boxes *cookies
3) exclusive decoration

PRICE = RM 150 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!

.
.
. 

SET C:
1) 6 boxes *cookies in one exclusive box
2) exclusive decoration

PRICE = RM 95 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET D:
1) 13 pieces chocolate (heart shape box ♥)
2) 4 boxes of *cookies
3) exclusive decoration

PRICE = RM 115 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET E:
1) 2 boxes of *cookies
2) exclusive decoration

PRICE = RM 40 ONLY
* cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET F:
1) 3 boxes of *cookies
2) exclusive decoration

PRICE = RM 55 ONLY
*cookies option-refer to cookies list
COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET G (BUDGET SET) :
1) 1 box of *cookies
2) exclusive decoration

PRICE = RM 20 ONLY
*cookies option-refer to cookies list

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
.

COOKIES LIST 1

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

COOKIES LIST 2

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

COOKIES LIST 3

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

COOKIES LIST 4

PS:cookies also can be buy individually
50 pieces - RM 26 ONLY

COOKIES TASTE GUARANTEE DELICIOUS,CRUNCHY,SUPERB!!​!!
.
.
. 

SET H:
1) 35 pieces chocolate(exclusive box)
2) exclusive decoration

PRICE = RM 90 ONLY



::bila berborak dengan sahabat lama::

huh! setelah hampir 10 tahun terpisah akhirnya facebook [FB] menemukan kami..bertukar no telefon dan bermula lah seisi berborak!chewah macam drama lak kan?!poyo je..huhu....

berborak dengan dia selama 2jam membuatkan aku terasa insaf..seorang lelaki yang nampak happy go lucky diluaran tapi menyembunyikan sejuta kesedihan disebalik ketawa itu..huhu...tak semua orang yg ketawa itu gembira kan?dan tak semua orang yg menangis itu adalah sedih..mungkin menangis untuk kegembiraan?mana kita tau betul tak?

aku berpegang pada satu je...ALLAH tak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu untuk kita harungi..sebab kita kuat lah ALLAH menguji sejauh mana keutuhan iman kita...

aku terpikir, jika aku ditempat dia..belum tentu aku segagah dia untuk mengharungi semuanya..mungkin aku berenti di tgh jalan..or aku give up dan menangis seorang diri..huhu...aku ingat aku je mempunyai episod sedey..rupanya dia lebey sedey dari aku..huhu...

haish melalut byk sgt aku ni...ok la aku bercerita tentang dia....dia seorang lelaki...umur sama dengan aku, ader 6 adik beradik dan dia yang ke 4 or 5 cam tu la..ader adik 2 sorang tapi 1 dah meninggal, ader kakak yang cacat akibat demam panas - tak boley berjalan hanya mampu mengesot...ader 3 abang yang dah berkahwin...seorang ayah yang berkahwin dua dan serang ibu yang mempunyai penyakit kanser payudara..perghhh!!!!!!!!

dia sanggup bekerja sebagai pomen-kedai sendri- semata2 untuk mempunyai masa bersama ibunda tercinta...itu seme supaya dia tak perlu apply cuti if ibu dia sakit, tak perlu tunggu hujung bulan nak dapat gaji, supaya dia sentiasa ada bila ibu memerlukan dia..kerana dialah yang menghantar ibunya setiap kali rawatan di hospital..tidak kira hospital kuantan mahupun hospital kuala lumpur...dia jugalah yang menjaga jika ibunya ditahan di wad..ye la 3 abang dah kawen..tanggugjawab lebey kpd family sendri..so dia dan adik dia la yang menguruskan dan menanggung family..besar tanggungjawab dia sebagai anak..dan juga sebagai adik kepada kakak yang cacat akibat demam panas...huhuhu

agaknya..diluar sana masih ader ke lelaki spt dia?sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu tercinta?sanggup bekerja sebagai pomen?sanggup memakaikan 'pad' untuk akak nya yang cacat jika kakak nya datang bulan?sanggup tanggung family dari cari awek n kawen?sanggup ke mereka? =(

mungkin tidak sebab kebanyakan lelaki sekarang semenya lupakan family..ye la seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak belum tentu dpt menjaga seorang ibu....sedey kan?macamana la keadaan aku nanti bila dah menjadi seorang yg bergelar ibu...

aku dikira bersyukur..sebab parents aku pergi ketika aku baru nak mengenal erti sebuah kehidupan..ye la time tu aku di tingkatan dua dan tiga..apa la sangat yang aku tau kecuali main lumba basikal?tak macam budak skrg..semuanya tau sbb semenye hanya dihujung jari...[internet bagai]...ibu aku pergi selepas ayah aku pergi meninggalkan aku buat selamanya..sejak itu aku blajar hidup berdikari..alhamdulillah walaupun hidup sendri aku masih tau bezakan yang mana buruk yang mana baik cuma kengkadang ader jugak terpesong nya..hahaha adat la kan?manusia tak lari dari mebuat kesilapan..aku juga punya adik beradik, baik belah mak aku mahupun belah ayah aku yg mmg amik berat tentang aku..cuma aku ni je bz sgt dengan kehidupan sendri..alpa tentang mereka disekiling aku..

jika arwah parents aku ader..mcmanalah keadaan mereka kan?bley ke aku jaga ketika diaorg uzur dan xmampu berjalan or nyanyuk?boleh ke aku jadi anak mithali?atau aku jadi disebaliknya?huh nauzubillah!mintak dijauhkan aku menjadi anak derhaka...ngeri siut!

so korang, yang mana ader parents tu hargai lah mereka sebelum mereka menutup mata untuk selamanya...biarlah susah mana pun nak jaga mereka, redho dengan ketentuan Illahi...ingat dialah yang menjaga kita dari tapak kaki sebesar ibu jari sehinggalah beso cam anak gajah skrg ni tau!hopefully kita tidak tergolong didalam golongan anak yang derhaka...ameen...

Tuesday, July 12, 2011

::ikhlas::

ya ALLAH ya tuhanku....
ikhlaskan lah hati ku dalam melakukan sesuatu..
jauhkanlah aku dr sifat yang suka merungut...
dan hindarkanlah aku dari perangai yang suka mengungkit..

bersihkan hati ku...
semoga segala apa yang aku lakukan hanyalah kerana MU ya ALLAH
bukan balasan didunia semata2...

ameen...

Monday, July 11, 2011

::RUKUN::

semakin lama kita hidup...
semakin kita menjadi alpa...

so ingatlah kengkawan.
tujuan sebenar kehidupan kita..

huhu..
mode: insaf...

zaman kecik2 dulu..
rukun ISLAM selalu ditanya.
klu tanya skrg..korang bley jawab x agak2?

::rukun ISLAM::
1 - mengucap dua kaliah SYAHADAH
2 - SOLAT 5 waktu sehari semalam
3 - Mengeluarkan ZAKAT
4 - PUASA dibulan ramadhan
5 -  Menunaikan HAJI bagi yang mampu

::rukun IMAN::
1- beriman kepada ALLAH swt
2- beriman kepada malaikat
3- beriman kepada kitab
4- beriman kepada rasul
5- beriman kepada hari kiamat
6- beriman kepada Qada dan Qadar

=)

Thursday, June 30, 2011

dunia oh dunia..

oh dunia....
yang perempuan nak jadi laki...
yang lelaki nak jadi pompuan...
huh nasib baik aku terus sebegini...
huhuhu.......

Wednesday, June 29, 2011

bila atie berbicara~

aku ingin makan,
tapi tiada siapa yang sudi untuk suapkan...

aku ingin mandi,
tapi tiada siapa yang sediakan airku,

aku ingin tidur,
tapi tiada siapa yang ingin membelaiku.

aku ingin senyum,
tapi tiada siapa yang boleh buat ku ketawa..

aku ingin menangis,
tapi tiada bahu untuk ku lepaskan sendu,

aku punya masalah,
tapi pada siapa harus aku luah?

aku ingin bahagia,
tapi tiada apa yang boleh membahgiakan aku..

aku terasa kecewa,
aku ingin mati tapiiii....
cukupkah amalan ku untuk aku bawa bersama?

oh tuhan...tabahkanlah hatiku ini..
untuk menempuh liku liku kehidupan...

Monday, June 27, 2011

byk nyer ingin di kongsi..

waaaa.....byk nyer cerita yg ingin dikongsi..
tapi maybe bukan diruang ini..huhuhu....
so yg mana privacy terpaksa la masuk ke blog lg 1...

citer best mmg byk...
citer xbest keta naik divider..
uwaaaa tinggi lak tu..seb bek lepas...
klu sangkut?wah haru jadinya....

bumper pecah...
tadi baru je lepas buat alignment, bush, chamber, balancing ntah apa lg yg ditukar nyer...
tu pun dah rm300..blum tukar bumper agi tu..waaaaaaaa

xpe2 dugaan tu.seb bek la bawa anak dara org xde apa2..
cuma kete je masalah...ish ish ish...

padahal ari tu br je tukar battery..
tukar karpet keta..
tukar absorber bonet blakang..
ni nak lak dugaan dtg..huhu xpe2..
tabahkan ati.. =(
 
tapi bila ingat kelakar la plak..
camne la bley naik divider kan?
dah la tinggi..hahahha...
siap member aku kata...
"klu sangkut ni mau aku amik gambar"
hahahaha.. kira teror jugak la aku bawa keta kan?kan?
hahaha....

Sunday, May 22, 2011

salam takziah~

=( sedey...mood

21 may 2011; 14:30; Sabtu....
salam takziah buat anak2 yatim di hulu langat...
musibah telah menimpa tanpa dipinta - kerjadian tanah runtuh
sabar lah kalian dengan dugaan yang telah ALLAH berikan..

Al Fatihah - untuk mangsa yang terkorban..moga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang yg beriman..ameen...

speechless...xtau nak kata apa..tapi amat terasa kepedihan dan kesedihannya.. =(

info selebihnya sini dan sini

Friday, May 20, 2011

homestay at bukit gambang!

hye kengkawan...

nak pergi bercuti?
xtau dekat mana?
pergi dengan family?
ramai ahli keluarga?
nak jimat kos?

ok la...senang citer jom kita ke BGRC - Bukit Gambang Resort City..
kat situ ku nak homestay de utk direkemenkan..hehehe...

jom kite melepak kat TERATAK ROSES!
betul2 berhadapan ngan BGRC!

alamat dia?

No.57, Lorong GD6,
Taman Gambang Damai,
kuantan! (end lot lg tau!)

rege dia 1 night only rm 200...klu stay lebey masa..bley dirunding!
ha kan best?xyah duk hotel mahal2..huhuhu

de 3bilik set queen, 2bilik air... nak detail tgk sini
gambar pun ader kat link tu....hehehe....
xdapat contacts diorg..contacts aku pon boley...hihi =)

Thursday, May 19, 2011

bila aku berpuasa~

betul la kan orang kata...
bila kita puasa..jangan sekadar menahan lapar dan dahaga...
tapi puasa secara keseluruhannya - mata, telinga, mulut dll

bila kita puasa...energy kita mungkin kurang dari biasa..
so kita akan kurang bercakap sebab malu dengan bau mulut..
kita akan kurang layan orang mengumpat sebab kita xnak pahala kita kurus..
kita juga akan jadi orang yang berbeza dengan selalunya - reality aku..huhu

tapi...bila kita diam..
syaitan mula xreti duk diam...
mula menghasut anak adam

so orang yang dihasut setan
mula suka amik kesempatan....
time kita diam..pelbagai mende jadi timbulan
itu la xkena, ini la xkena..semenyer mengoncangkan keimanan..

wahai hati sabarlah dengan dugaan.. =)

its call life~

its call life....
the reason why....im here...

i asked for strength.....
and God gave me difficulties to make me strong....

i asked for wisdom..
and God give me problems to solve..

i asked for prosperity..
and God gave me brain and energy to work..

i asked for courage...
and God gave me danger to overcome....

i asked for love..
and God gave me troubled people to help..

i asked for favors...
and God gave me an opportunities....

i always received nothing i wanted...
but i know God always gave me everything i needed...

its call life....
sometime we don't know exactly what we need...
we just request all the things what we want..
but God knows what is the best for our's life~

Wednesday, May 18, 2011

bengang~

buat salah..
tak buat pun salah...

haish..kang buat bodo je kang baru tau...
geram lak ase...

Thursday, April 28, 2011

dunia oh dunia..

hurmmm rasanya lama dah xupdate blog kan?
dah xde idea nak menulis kot?atau terlalu bizi dgn duniawi semata-mata?
haish...terasa terlalu kerdil didunia yang fana ni...

dunia semakin lama semakin tua....
kita semakin hari semakin hampir ke sana...
tapi aku masih lagi begini menghabiskan sisa2 hidup..
(aik bunyik cam len macam je...astarafulullah halazim..)

bila citer pasal semakin tua ni kan?aku terasa sangat masih mempunyai banyak kekurangan walau telah diberi perluang bernafas di dunia ni selama 27tahun..huh satu jangka masa yang agak lama...hurmm..cuma aku bersyukur walau aku begini tp aku masih lagi merasa nikmat kebahgian di dunia...

cuma satu je aku tak berapa nak paham..aku ni yang blum ada jodoh lagi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diriku dan keluarga aku..sentiasa mendoakan agar dapat jodoh dari kalangan mereka yang beriman..(layak ke aku ni) tapi..aku tak paham kenapa masih ada manusia yg xtau erti bersyukur (maybe)

.. sbb ada seorang hamba ALLAH ni..bagi aku dia cukup untuk semuanya..berkeluarga, mempunyai suami yang baik (depan mata aku baik la..belakang wallahualam) ada anak yang comey..ibarat keluarga bahgia..xtau dimana kekurangan nya..si isteri boley menjaja cerita yang mana dia telah bercerai dengan suaminya semata2 untuk SIMPATI!haish dan boleh mengatakan dia menyesal akan perkahwinan dia!haish!pelik kan dunia ni?

aku sendiri tertanya-tanya..kenapa perlu berkata sedemikian?tidak malukah dia?status ibu tunggal bukan la satu perkara yang remeh!kenapa dia masih lg berstatus isteri org tapi mengatakan dia telah menjanda?hurmmm seme tu permainan duniawi...kepuasan duniawi..kepentingan peribadi...

nasihat aku...sedarlah kawan..dunia ni hanyalah pentas untuk kita melakonkan watak sementara..bukanlah untuk kita diami buat selamanya..ingatlah sebelum terlambat..jika kurang ilmu didada, pergilah menuntut sebelum menutup mata mengadap ILLAHI...buat suaminya, bimbinglah isterimu ke jalan yang diredhai, kerana ALLAH telah memberikan amanah kepadamu untuk membimbing kaum hawa yang lemah.....

**maaf bukan menceritakan hal buruk si pelaku.tapi sekadar berkongsi supaya kita tau apa yg terjadi di sekeliling kita, sebab, dimata kita dia adalah terbaik, tp dibelakang kita, kita sendri xtau siapakah dia..hati-hati dengan mainan dunia** ~hakikat sebuah kehidupan~

Wednesday, April 6, 2011

my weekend [ 2 & 3 April ]

wow! week end lagi!hihi mmg best kan?seme org tunggu week end!termasuk lah aku..hihihi so week end kali ni ok la..awal2 lagi aku diberitahu kene standby sabtu keje..ok la sabtu from 9am to 630pm aku berada kat opis..so dah jadi cam ari keje bese lak...cuma time balik tu aku nampak la cerah lagik!huhu selalu blk ari dah gelap.. =(

so sunday pagi, aku merajinkan diri gie berjogging kat taman TAR yang dikenali dgn kawasan berbukit dan penuh monkey!huh!sib bek de kawan klu x..xde maknanya!hahaha...so seawal 630 pagi aku gagahkan diri bangun!kul 7pg joging.(tapi sebenanrnya banyak jalan je sbb badan dah berat nak jogging!hahaha lama kot dah xjoging!)balik jogging lepak old town!bagus kan?hahaha....after that balik sempat kemas jap then g mid valley!

ha part ni aku nak citer..punya la lama aku xnek train kan?haish cam aku ni org luar plak..huhu..kebanyakan org malaysia ni dah kaya kan?sbb seme nyer kemana2 naik kereta sendri..huh tidakkah anda tahu nek public transport itu lebey menjimatkan? ye la..aku nek train br baper hengget nak sampai ke mid valley..klu nek kete minyak + parking je dah baper..dah tu kene redah jammed pastu nak cr parking 1 hal lagi..haish mmg memenatkan!silap aribulan aku siap patah balik n balik umah tido lg best!hahahaha

nek tren..aku rasa aku ni kat Bangladesh or aku berada di jakarta mahupun India!huh! gila kan?korang  xyah g sana pown xpe..klu korang xnak nek train korang g klcc time week end..mmg korang rasa korang yg berada di negera asing!muahahaha...itu lah hakikatnya..malaysia ni pelbagai kaum..huhu foreigner lebey banyak kot dr rakyat sendri..

Thursday, March 31, 2011

+my week end+ [26-27 march 2011]

haish week end ari tu mmg bz..
penat but happy!

+ friday +
work until midnight..
after work lepak with old frenz..suzira..
teman lepak kat city park hotel...
de ke abg opis aku ingat aku lepak ngan scandal!
haish xmasuk dek akal..
klu ngan scandal mesti la kene request hotel best2!xmen la hotel cikai!hahahaa..

lepak + becerita tentang idup masing2..
banyak pengajaran yang dapat..
kesimpulannya..klu kita ase kita ni dah susah..
tp sebenarnya ada lg org yg lebey susah dr kita..
so bersyukur and redho di atas segalanya..
cuba perbaiki diri untuk yang lebey baik..that's all....

+ saturday +
balik jumpa membe...
attend wedding kenalan mama..
keta lak meragam..sib bek xde pepe..
xsempat blk uma..si fisha msg bitau g kemensah..
wah penat nyer...xpe2 demi melihat org keliling tersenyum..

+ sunday +
from kemensah 12:30
balik + mandi + siap..
masuk opis 1:30
waaaaaaaaaa........penat nyer..
sok nak keje agi..hukhukhuk...

pe pun..walaupun penat tp berbaloi2...
something special happen on sunday..
its make me smile =)
tQ all....

Friday, March 18, 2011

+fisha ....L.0.V.E.... fuad+


semoga kamu bahgia bila berdua sayang!
akak sayang kamoooooooooooooooo berdua...hihi..
berdua kan lebey baik... =)

apa pun rintangan yang mendatang..harap korang tabah k?
setabah akak mengharungi onak dan duri..cheewah! gedixs! ;-p

ok!

im create this entry special for both of u!
**sorry lambat upload =)**

-- birthday si uda -- 17 12 1986 --
--birthday si dara -- 25 01 1988 --

saat bercinta............kapel la kan.. ^ 08 03 2003 ^
saat fuad merisik............... + 17 11 2010 +
saat si uda meminang si dara......... < 29 01 2011 >
saat 2 jiwa dijinjang pelamin...haish sabar dulu..part ni bagi akak jalan dulu k?hahaha =)

pic masa kita bersama..eh silap..masa korang bercinta...
.
.



amboi bahgia nyerr.. =) ni baru skit ni..
------------------------
yang ni lak "merisik time"
.
.





gumbira yer dah dirisik....

ok kita tengok lak gambar korang yang gumbira sangat 'time tunang'
.
.









haha...comey kan kamu berdua..ha tu sib bek upload skit je gambor..kang upload semua..tak muat lak ruang ni..hihihi..pe pun akak doakan kebahagiaan korang....

so apa pun rintangan dan dugaan yang mendatang..
jangan cepat melatah k?
relaxs je..bak kata dewa..hadapi dengan senyuman.. =) hihi...

dugaan tu membuatkan kita menjadi matang..
kehadiran orang ke 3 lak mengajar kita untuk lebey menghargai sesama sendiri..
bukannyer tiket untuk kita berpisah dan membiarkan perkara itu berlaku bersahaja!!
(jangan sesekali biarkan orang ketiga menghancurkan kebahgiaan yang kita bina!  DAN jangan sesekali give up!)
apa pun jangan cepat mengalah..jgn kerana sedikit kesalahan kita dihukum dengan penderitaan.

yang penting..
bila kita KECEWA..kita kene ingat perkara yang dia buat supaya kita KETAWA..
bukan apa, untuk kebaikan kita juga..
bila kita bahgia..jangan mudah alpa...so beringat2 lah yer sayang!


-- serasi bersama --


-- orang sibuk masak..dia sibuk makan! haish! --









Wednesday, March 16, 2011

ari2 aku bersama mereka..


--hari pertama--

jumaat 11 March 2011
aku gerak dari KL ke kuantan
gerak bersama2 si siti noreha...
sampai kuantan hantar siti tunggu si aida..
haish org dari felda..lembab sungguh!
hihihi kelembapan itu juga adalah kerana faktor hujan sepanjang hari..huhu
bila dah sampai kami pun kuar bersama2 
si beba, cikgu aida, aku, nani n anak2 mummy..
eh lupa zaid sorang lagi..(skrg ngah gado ngan zaid..)





--hari ke dua--

ni lak gambo hari ke 2...
pagi jadi usher ameer ke homestay..
pastu gie tengok diaorg akad nikah lak..
(gambar xde sebab byk kat camera org len..tp de kat post b4 this)
pastu terus kuar..gie cari makan n tengok wayang midnight!
huhu...tapi kali ni nani xjoin..sbb anak2 mummy xley berembun..
x elok!hahaha
teringat lak gie makan kat hj lidah..belakang cowboy kat bandar..
de ke mamat kelantan + siam tu ngaku dia org arab saudia?
dah tu speking london sleng kelantan.
muahaha...pecah perut kitaorg ketawa..sbb dia minat kat aida..
kakakak..bertuah badan aida dpt orang obersee...kikikiki








--hari ke tiga--

tak banyak citer...sebab seharian bz layan era..
dari pagi sampai malam...
malam lak aku gerak ke kemaman..
(gambar xde sebab byk kat camera org len..tp de kat post b4 this)

--hari ke empat --
no energy anymore..
huhu hanya tido sepanjang ari sebab tak larat dah..a.k.a demam...
sebab 3 ari berembun...malam gerak balik ke kuantan..
(tu pun sempat layan citer hantu kak limah balik umah ngan sini ada hantu bersama2 anak buah aku)
singgah kejap kat umah abang kat balok a.k.a gebeng..
lepak sebentar bersama wada..anak buah aku yang chumell..
lupa lak amik gambo dia..
ni seme pasal camera, batery kong!adeh!

-- hari kelima --
kuatkan semangat bangun pagi..
settlekan apa yang patut...
amik aida ajak teman...sambil tu angkut akak aku skali.
sian kak long jadi mangsa keadaan..huahaha..
gie sambung roadtax motor abg aku, ajak beba lunch, 
pegi hantar barang kat mak mertua xjadi..haish xsangka lak dia masih ingat aku..
muahahahaha..terkenang zaman dulu2..kikiki...zaman tak matang lagi... =)
pastu singgah umah nani jumpa anak2 mummy..amik siti n sesat kat IM tu..haish!
menci betul!ader ke patut guna jalan n lorong..sakai tol.kan dah susah nak cr?bongoks!
hahaha..amik siti..hantar aida..hantar kak long trs drive balik KL..
alhamdulillah xde pepe..syukur alhamdulillah..
balik trs out of service.. =)





selamat pengantin baru!

selamat pengantin baru kawan!moga bahgia ke anak cucu!cepat2 buat baby k!

walau aku tau ko xsuka aku...walau aku tau ko xpernah nak ingat aku,
walau aku tau ko selalu ketepikan aku..tp aku tetap sayang ko sebagai sahabat aku.. ---sahabat dunia dan akhirat-----

sbb tu aku sanggup amik cuti untuk ko..semata2 untuk hadiri majlis perkahwinan ko...

aku gumbira tengok ko dinikahkan ari sabtu tu kat masjid cenderawasih..sampai menitik air mata aku...

ye la gumbira bila sahabat aku telah selamat di ijabkabul dengan insan yang tersayang..walau pun lepas ko di ijabkabul ko xjenguk pun aku..tapi xpe..yang penting aku sentiasa ada disisi ko time ko susah mahupun ko bahgia....

ke esokkannya..aku bangun awal..aku gie umah ko..aku tengok wah meriahnya kawan aku ni kawen...siap letak gambor2 pre-wedding korang..gambor time skolah..gambo ngan kengkawan..walau muka aku senyum..tapi aku tetap terkilan bila tgk gambo aku xde..hurmm maybe aku bukan dalam list kawan2 ko kot..
ala kita pown br je jadi kawan balik kan?...hurmm xpe lah...mungkin ko terlepas pandang or apa2 je la...buat pe aku nak kecik ati kan?aku ni bukan sape2...haish!emo lak aku nih....

seharian aku kat sana..aku jumpa kengkawan..aku happy sgt..sbb ko pilih aku diantara kwn2 utk jd gundik ko..ah xkisah la..aku buat yang mcm ko suh..best giler...1st time aku dekat ngan kawan aku time wedding..selalu dekat time lepak je..huhu...ye la balik pown sekali sekala kan?

hehe...ok la..aku malas nak berceloteh panjang..kang panjang lak aku bebel..aku ni kadang2 emo..so malas aku nak layan perasaan aku ni..ni diantara gambo2 yang aku amik di hari bahgia ko...aku doakan ko bahgia hingga ke anak cucu k!cuma satu je aku nak bitau ko... ---AKU SAYANG SANGAT2 KAT KO TAU---

okiest enjoy the photo dear!muah tuk ko!