yang dulu kala

Tuesday, January 25, 2011

hutang...



alamak! berbicara pasal hutang..
takut lak jadinyer...huhu..apa yg bebear berutang erk?
hurmmmmm kete je la kot..blajar de MARA skit agi..lain2?
haish kene selidik btl2 nih....nnt mati xsenang kang..huhu..

ari ni bebear dpt calling dr sahabat lama...
bertanya kan ttg si A....kabar nya lama xmendengar kabar!
wah gitu!hahaha..bebear ni xde la rapat mana pown ngan si A..
just update ngan FB je...so memandangkan sahabat ni dah call..
dia pown buat la seisi luahan perasaan amarahnyer tentang si A..
bebear bukan lah nk mengutuk org atau nk memperkecilkan org..
sbb bebear pown xsebaik mana kan...

cuma bila bebear fikir blk, kenapalah selalu mengelak dr membayar hutang?time nak kemain lagi..time nak byr kemain liat..adeh!xtakut ngan dosa ke..bebear bukan apa..bebear lebey suka org yg jujur dari berdalih semata2 nak sedapkan ati..lastly makan diri sendri..tu pown sebenarnya lebey kepada ngelat!haish...klu xde ckp je la kan..then klu ader pe salahnya dahulukan byr hutang2 yang tertungak..jangan asyik nk enjoy je...bg bebear, bebear lebey suka settlekan hutang dulu br enjoy..klu x hati xtenang wooo..

ok la bebear xnk komen lebey2..bebear cuma nk kongsi skit la pasal hutang ni..bila bebear search kat tenet ttg hutang ni..byk la info2 nyer..so mari kita berkongsi bersama....hayati bersama....




يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
  • a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
  • b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
  • c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
  • d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

     source: hutang..

    maaf la yer..klu tertalu panjang n boring untuk dibaca...bebear just kongsi yg mana bebear rasa ianyer perlu dikongsi..ni pown bebear amik dr http://www.zaharuddin.net untuk peringatan kat bebear juges!

3 comments:

  1. saya juga berhutang..tp saya x hutang dgn kwn2...hahahahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. saya ada hutang sebanyak 30 ribu, leh cik beba lunaskan? saya rasa xsalah bantu membantu. jadi, saya xlagi dibelenggui dengan hutang.

    ReplyDelete
  3. ~ aku ada hutang ko...aku bayar 20 kali leh x? (x malu nie )

    ReplyDelete