yang dulu kala

Friday, January 14, 2011

Sifat Orang Negative ( ,--)

bila dah rajin sangat membelek2 internet ni kan..jumpa la mende yg bley dikongsi...so meh kita baca bersama2 k...

PERINGATAN TUK DIRI SENDRI GAK NIH & JUGA KENGKAWAN.......

4 CARA NAK KENAL SESEORANG YANG BERSIFAT NEGATIF --TAK BERAPA NAK ELOK-- huhuhu

antaranya....

1. Kita bley lihat dari percakapan --cara dia berkata2...
Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.

**hurmm de kene ke kat aku erk?

2. Lihat pada perbuataannya....
Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.

**byk ckp dr buat..org camni mmg sll aku jumpa.muahaha...
**pada yg bekerja kat opis...mst dah lali ngan org gini..huhu...

3.Lihat pada hidupnya...life style?
 Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.

**bz body...cam ketam ajar anak dia jln..sibuk nk btlkan org..diri sendri pown lebey krg sama je..huhu...

4. Bila di tegur, dia melenting pula.
Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.
Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.

**tu la dia...ckp kat org bley/pandai..tp dia pantang ditegur..bila tgr..ader je jwpn menyakitkan ati..camne nk buat kat org camni erk?

 HA TU KAT ATAS CARA KiTA TGK ORG YG NEGATIVE..[jgn tgk org je...tgk diri sendrik dl..huhu...ni ayat tuk diri aku sendri nih...hurmm]

SO MANA YG KENE TEMPIAS TU ELOK2 LA BaWa BERUBAH..BUAT TUK AZAM 2011 NI HA...NI KAT BWH LAK 7 TIPS TUK ELAK PEMIKIRAN KITA DARI DIKUASAI NGAN PEMIKIRAN NEGATIVE..MOGA ADA ANTARA TIPS2 NI YG KITA BLEY AMALKAN..BUKAN TUK SESAPA...TP TUK DIRI SENDRI GAK....SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERAMAL! =)


7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif --->

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

**sll dpt bantal trs berlayar je..xpikir pe dah..tau2 da pagi...huhu...

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

**jgn bantu sekadar untuk dapat nama je...huhu...manusia zmn skrg nih byk bantu bersebab je...
    buatlah seikhlas hati..dan jgn harapkan balasan didunia..tp biarlah balasan di akhirat kelak...btl x?

3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

**belajar menghormati org lain, nnt org akan blajar menghormati kita..

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.
Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

**payah hidup ni klu nk nampak perfect je..sbb tuhan pown bgtau manusia xpernah perfect...so buat yg terbaik utk diri sendri..

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

**ni lebey kpd mengumpat nih..opsss........aku selalu terperangkap dalam keadaan ni..hahahaha..

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

**situasi opis - bila kene amik keje org yg sprh jln tu..mst dlm hati penuh dgn makian..huhu..biasa dah tu..

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.
Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.
Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.
Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.
Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

**bersyukur diatas nikmatNYA....hidup biarlah beserdahana dlm apa jua....tu yg ptg..jgn nk lebey dari kemampuan kita..

1 comment: